Sunday, May 5, 2013

Alumni kembali!


1. Penubuhan Alumni SMKBBB yang rasmi adalah salah satu inisiatif untuk mengumpulkan semula bekas-bekas pelajar yang jumlahnya melebihi 4 ribu orang dan menjadikannya sebagai platform kepada ahli untuk berbakti secara langsung atau tidak langsung kepada sekolah yang pernah kita menuntut ilmu suatu ketika dahulu.

2. Idea penubuhan ini telah timbul sejak sambutan Jubli Perak SMKBBB iaitu pada tahun 2008 yang lalu, jawatankuasa sementara Alumni SMKBBB pada tahun tersebut merasakan perlunya mengadakan mesyuarat agung (AGM) kali pertama bagi membina sebuah pertubuhan yang rasmi dan sah bagi menyokong dan memartabatkan sekolah di peringkat nasional dan ke peringkat global seterusnya.

3. Sejak tahun 2008 dan 2009, Pimpinan Alumni telah dilantik melalui AGM sebanyak dua kali perlantikan. Atas sebab tertentu, AGM telah tertunda sehinggalah ke hari ini. Kini, pengaktifan semula Alumni sedang giat dijalankan oleh pihak Jawatankuasa Sementara Alumni sejak awal November 2012. Ini juga atas inisiatif sekali lagi saranan cikgu serta bekas pelajar yang meminta untuk diwujudkan sebuah Alumni rasmi SMKBBB.

4. Pengaktifan serta kewujudan Alumni ini juga sebenarnya memberi banyak peluang serta faedah kepada setiap ahli dan sekolah khususnya, dan masyarakat sekeliling umumnya. Melalui Alumni yang kuat dan berjaya inilah diharap dapat memberi kesan baik kepada masyarakat sekeliling iaitu penduduk Bangi, kemungkinannya terdiri dari kalangan ahli keluarga kita sendiri yang menjadi penduduk tetap Bandar Baru Bangi sejak sekian lama.

5. Justeru, mengumpul dan mewujudkan sebuah Alumni SMKBBB yang rasmi adalah suatu perkara yang perlu dilaksanakan. "Bersamalah kita merasakan ALUMNI adalah tanggungjawab kita bersama. Maka dengan ini, kami berharap kita semua dapat menjayakan projek serta misi ini .

6. Sebagai langkah awal, kita wujudkan grup di Facebook. dan semua dijemput ke mesyuarat Majlis Penaja yang dijadual pada 23.12.2012 sebagai persediaan ke arah AGM pada Jun 2013. Makluman lanjut akan dimaklumkan kemudian.

No comments: